Friday, September 20, 2013

Sistem Penapisan Akuarium



Topik perbincangan kita hari ini ialah berkaitan sistem penapisan. Sekarang dipasaran terdapat berbagai jenis sistem penapisan untuk akuarium. Jenis penapis yang disyorkan bergantung kepada beberapa faktor. Paling penting (1) saiz akuarium, (2) jenis dan kuantiti ikan dan tidak kurang juga pentingnya (3) konsep akuarium. Contohnya, akuarium marin memerlukan sistem penapisan 2 kali ganda berbanding akuarium air tawar.

Berikut disenaraikan beberapa jenis sistem penapisan

1. Buble Filter

Jenis ini merupakan penapis yang menggunakan “air pump” yang sesuai digunakan untuk akuarium kecil untuk memelihara ikan kecil atau kepada para “breeder” untuk “fry” (benih ikan). Ia berbentuk kotak atau pun berbentuk “foam”. Penapis ini berfungsi dengan baik untuk untuk membersihkan sebuah akuarium yang kecil tetapi tidak mengganggu hidupan kecil yang berada didalamnya. Sistem ini berfungsi secara mekanikal dan juga biological yang menghasilkan air akuarium yang bersih dan sihat. Penapis ini diletakkan didalam akuarium dan disambungkan dengan tiub angin ke “air pump” yang merupakan nyawa kepada system ini.

Corner bubble filter


Foam filter


Eheim Air Pump


Ini adalah antara set untuk sebuah "bubble filter". Sebuah "air pump" dan samada sebuah "corner bubble filter" atau "foam filter".



2. Internal Power Filters

Penapis ini boleh dimasukkan sepenuhnya didalam sesebuah akuarium. Penapis ini mampu menjimatkan ruang apatah lagi jika ia merupakan sebuah akuarium yang kecil. Penapis ini merupakan gabungan antara “bubble filter” dan juga sebuah pam penapis biasa. Penapis ini menghasilkan sistem penapisan yang baik beserta dengan pergerakan air yang baik didalam sesebuah akuarium. Kotoran akuarium disedut masuk kedalam system penapisan ini sebelum semua kotoran ini “settle” didasar akuarium. Jenis penapisan ini sesuai untuk akuarium bersaiz antara 60-80 liter.

Contoh-contoh internal filter
 

Internal power filter


Internal power filter

 Insya Allah akan bersambung.

No comments:

Post a Comment