Friday, September 13, 2013

AKUARIUM PERTAMA SAYA SIRI 2

Pertamanya mohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menyambung artikel ini. Agak sibuk sikit....

Ok, kita teruskan.

C. MEMBELI DAN MEMASUKKAN IKAN DALAM AKUARIUM

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, yang terbaik ialah jangan membeli ikan serentak dengan membeli akuarium. Begitu juga dengan konsep asal akuarium tersebut, samada akuarium komuniti, ikan emas atau apa saja yang anda gemari....

Apabila pergi ke kedai akuarium membeli ikan, yang pertama perlu anda lihat adalah keadaan atau persekitaran tempat tinggal ikan....tangki akuariumlah tu. Adakah airnya bersih dan cantik. Adakah ikan-ikan yang ada anda lihat cukup menggiurkan...maknanya sihat dan menarik. Atau anda tengok...langsung tak menyelerakan.

Antara jenis ikan yang mudah dipelihara dalam akuarium dan sangat cantik jika kena dengan "aquascape"nya

Neon tetra

Cardinal tetra

Platy

Molli

Arowana.
Prinsip pertama bila membeli ikan....sentiasa beli ikan yang sihat. Jika anda lihat didalam tangki ikan yang anda hendak beli itu ada ikan yang sakit.....lupakan ikan ditangki itu. Jangan menurut perasaan, walaupun ikan yang anda hendak beli itu nampak sihat. Ingat...ikan itu sentiasa ada, jadi sentiasa cari yang terbaik.

Kedua, jika mahu mencampurkan beberapa jenis ikan, akuarium komuniti, pastikan ikan-ikan yang anda beli itu adalah bersesuaian....saiz makanan yang sama, keadaan air yang sama, keperluan suhu yang sama dan yang sangat penting mereka boleh hidup secara komuniti. Ada ikan yang perlu dibela dalam kuantiti yang banyak, contohnya tiger barb, bilangan minima yang dicadangkan ialah 10 ekor. Jika bilangannya terlalu sedikit, ikan ini akan mengganggu ikan-ikan lain. Jenis ikan ini dipanggil "schooling fish".

Akuarium tiger barb..kalau dideco dengan betul, pun dah cukup cantik

Sumatra tiger barb

Albino Tiger barb

Ok, sekarang anda telah memilih ikan yang berkenan dihati, sesuai dengan yang disebutkan diatas. Biasanya ikan ini akan dibungkus dalam beg plastik berisi oksigen. Bila sampai dirumah, bergantung kepada tempoh masa dari masa membeli hingga sampai kerumah, jangan terus buka dan tuang ikan dalam akuarium. Yang paling baiknya masukkan beg plastik berisi ikan itu kedalam akuarium tanpa membukanya. Biarkan beberapa ketika, kalau terlalu lama dalam kereta dan panas pula, mungkin lama sikit. Yang penting bila anda rasa suhu beg plastik tu hampir sama dengan suhu air akuarium, barulah kita boleh buka ikan-ikan tersebut.

Satu lagi, jangan masukkan sekali air didalam beg plastik tersebut kedalam akuarium, ambil ikannya sahaja dan buang air yang baki.Selepas itu perhatikan ikan-ikan anda, jika ia bermain di dasar atau pertengahan akuarium...mission success. Anda bermasaalah jika ikan yang dilepaskan semuanya bermain di permukaan air dan nampak tercungap-cungap. Kita bincang masaalah ini kemudian ye...

Akhirnya proses memberi makan. Tunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk memberi makan yang pertama, itupun anda kena cuba dulu. Masukkan sedikit makanan kedalam akuarium dan lihat jika ikan-ikan ini datang mengambil makanan ini. Jika ikan-ikan ini dah mula makan, masukkan makanan ini sedikit demi sedikit...enjoy your time when feeding your fish.


Jangan tergesa-gesa kerana inilah masanya yang paling seronok bermain dengan akuarium anda. Jika ikan-ikan ini masih belum mahu makan, jangan bimbang, ini perkara biasa. Cuba lagi esoknya dan esoknya. Adakalanya sehingga 4/5 hari baru mula mahu makan. Jangan bimbang, ikan tak mati kalau tak makan setakat 2 minggu...mungkin anda tak percaya, tapi ini kenyataan nya. Simtom ikan kurang makan...kepala besar badan kecik...tapi setakat 2/3 minggu tak mati lagi. Bila ikan dah mula makan, yang cantiknya bagi makan 2 kali sehari..dan paling baik pada waktu yang sama. Dalam tempoh 1 minggu anda akan lihat perubahan ada perlakuan ikan anda...and you will enjoy and always look forward it.

Setakat ini dulu...ada masa akan sambung lagi dengan tips yang lain. Jemput like facebook saya di..
www.facebook.com/pancingdotcom

Juga tunggu website kami yang sedang dalam pembinaan. We are closer to you...in sha Allah

No comments:

Post a Comment