Friday, September 13, 2013

Pasir kucing (Cat litter)

Pasir kucing (Cat litter)

Pasir kucing (Cat litter) berfungsi debagai penyerap kecing kucing dan juga menutup tahi kucing. Melalui penyerapan ini pasir ini akan mengurangkan perkembangan bacteria yang menyebabkan bau. Dipasaran sekarang terdapat 2 jenis pasir kucing, “clumping” dan “non-clumping”.
Pasir kucing “clumping” akan melekat dikawasan kucing itu terkencing dan terberak, memudahkan tugas untuk membuang pasir tersebut setiap hari. Pasir ini tidak perlu diganti setiap minggu, hanya perlu ditambah sahaja. Setiap 3 ke 4 minggu, barulah keseluruhan pasir ini ditukar dan bekasnya dicuci. Pasir kucing “clumping” ini juga boleh didapati dalam berbagai bau-bauan seperti oren, epal, strawberi dan lain-lain.

Pasir kucing “non-clumping” tidak mempunyai sebarang bauan. Ia dibuat daripada tanah biasa dan bila kering akan berbentuk seperti butiran (granules. Pasir ini perlu di sekop setiap hari dan setiap minggu mesti diganti keseluruhannya dan bekas pasir ini dicuci. Jika kotoran kucing yang berlebihan tidak dapat diserap oleh pasir ini lagi, pasir ini perlu diganti lebih awal lagi.

Cara mengisi pasir kedalam bekas (Filling the box)


Pasir ini mestilah diisi sehingga kira-kira ketebalan 2 inci didalam bekasnya. Ini akan memudahkan kerja-kerja pembersihan dan juga memberikan kucing pasir yang cukup untuk mereka menutup tahi mereka (tabiat semulajadi kucing). Bekas plastic memudahkan kerja-kerja pembersihan dan boleh digunakan untuk sebarang jenis pasir kucing.











No comments:

Post a Comment