Saturday, December 14, 2013

PENCAHAYAAN AKUARIUM

PENCAHAYAAN AKUARIUM (LAMPU AKUARIUM)

Lampu merupakan satu aspek yang penting didalam penjagaan akuarium. Aspek ini merupakan antara aspek yang diambil mudah atau kadang-kadang mengelirukan keran banyak pilihan lampu yang ada. Sebagai permulaan, ada banyak jenis lampu terdapat dipasaran, antaranya:


LED 

Metal Halide

T5 HO

T4 fluorescent




Jenis lampu yang diperlukan oleh tiap akuarium adalah sangat berbeza, bergantung kepada apa yang kita cadang untuk letakan didalam akuarium itu. Untuk memendekkan artikel ini, saya akan terus membincangkan jenis lampu yang sesuai untuk beberapa jenis akuarium. Wala bagaimanapun tuan adalah digalakkan terus mencari dan menambah ilmu secara membaca atau berbincang dengan orang-orang yang berkemahiran.

1. Akuarium Air Tawar – Ikan Sahaja

Untuk akuarium jenis ini, lampu kalimantang biasa untuk akuarium sudah mencukupi. Lampu ini biasanya antara 10W – 40W bergantung kepada saiz akuarium. Lampu ini dipasang semata-mata bertujuan untuk mengeluarkan warna ikan supaya kelihatan lebih cantik dan hidup, biasanya lampu ini mampu bertahan selama 1 tahun.

Hari ini di Malaysia lampu yang paling mudah diperolehi adalah dari jenis T4 dan biasanya dipasang bersekali dengan penutup akuarium

2. Akuarium Air Tawar – Ikan dan Tumbuhan Akuatik




Untuk akuarium jenis ini, pemilik perlu upgrade jenis lampu yang digunakan. Jenis lampu yang perlu dipasang bergantung kepada beberapa factor:

a) Kedalaman akuarium
b) Spesis/Jenis tumbuhan akuatik yg hendak ditanam
c) Kadar tumbesaran tumbuhan yang diharapkan

Pada umumnya, kadar lampu yang digunakan adalah antara 2-5W bagi setiap gelen air, bergantung kepada jenis tumbuhan. Jadi pastikan keperluan tumbuhan sebelum membeli lampu yang sesuai. Selalunya T5 HO adalah cadangan yang baik. Jenis lampu ini terang tetapi tidak begitu panas

3. Akuarium Air Masin – Ikan Sahaja

Cadangan yang mudah jika anda bercadang membela ikan sahaja adalah campuran lampu fluorescent biasa dan “actinic blue light” kapasiti 6000 K (ada ditulis pada kotak lampu). Campuran kedua-dua lampu ini boleh menghasilkan warna-warna hidup untuk ikan laut yang berwarna-warni ini. Jika akuarium anda mempunyai “live rock”, campuran kedua-dua lampu ini adalah wajib untuk mempastikan “coralline algae” dapat terus hidup.

4. Akuarium Air Masin – Reef Aquarium



Reef akuarium/Coral tank memerlukan jenis pencahayaan yang sangat tinggi. Kebanyakan batu karang dan anemone memerlukan cahaya yang sangat terang untuk terus hidup dalam akuarium. Biasanya lampu pilihan adalah samada T5 HO ataupun metal halide. Umumnya keperluan lampu untuk akuarium jenis ini adalah antara 4-10W tiap gelen.

Cadangan biasa adalah menggandingkan metal halide dan T5.Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa lampu metal halide khususnya mengeluarkan haba yang sangat tinggi, maka pemasangan “chiller” adalah satu kemestian

Berapa lama tempoh lampu sehari?

Ini adalah soalan yang biasa ditanya oleh penggemar akuarium. Julat biasa adalah antara 6-10 jam. Ingat…ikan juga perlukan rehat, Cuma mereka tidak memejamkan mata macam kita. Untuk akuarium yang ada ikan sahaja, tempoh antara 6-10 jam ok. Untuk akuarium tumbuhan akuatik (planted tank) dan reef akuarium, tempoh adalah antara 10-12 jam sehari. Bila waktu sesuai??? Waktu anda dirumah tapi mesti konsisten. Contoh jika anda kerja 8-5 tiap hari maka waktu yang sesuai adalah dari pukul 4 petang hingga 11 malam. Cadangan saya melabor sedikit lagi, beli timer dan set masa yang sesuai dengan kehidupan anda.


Antara timer yang terdapat dipasaran


Artikel ini adalah sekadar berkongsi sedikit pengetahuan dengan bro/sis diluar sana. Mungkin ada yang lebih baik...sila tambah komen anda supaya dapat dikongsi bersama

No comments:

Post a Comment