Pasir
kucing (Cat litter)
Pasir
kucing (Cat litter) berfungsi debagai penyerap kecing kucing dan juga menutup
tahi kucing. Melalui penyerapan ini pasir ini akan mengurangkan perkembangan bacteria
yang menyebabkan bau. Dipasaran sekarang terdapat 2 jenis pasir kucing, “clumping”
dan “non-clumping”.
Pasir
kucing “clumping” akan melekat dikawasan kucing itu terkencing dan terberak,
memudahkan tugas untuk membuang pasir tersebut setiap hari. Pasir ini tidak
perlu diganti setiap minggu, hanya perlu ditambah sahaja. Setiap 3 ke 4 minggu,
barulah keseluruhan pasir ini ditukar dan bekasnya dicuci. Pasir kucing “clumping”
ini juga boleh didapati dalam berbagai bau-bauan seperti oren, epal, strawberi
dan lain-lain.
Pasir
kucing “non-clumping” tidak mempunyai sebarang bauan. Ia dibuat daripada tanah
biasa dan bila kering akan berbentuk seperti butiran (granules. Pasir ini perlu
di sekop setiap hari dan setiap minggu mesti diganti keseluruhannya dan bekas
pasir ini dicuci. Jika kotoran kucing yang berlebihan tidak dapat diserap oleh
pasir ini lagi, pasir ini perlu diganti lebih awal lagi.
Cara
mengisi pasir kedalam bekas (Filling the box)
Pasir
ini mestilah diisi sehingga kira-kira ketebalan 2 inci didalam bekasnya. Ini
akan memudahkan kerja-kerja pembersihan dan juga memberikan kucing pasir yang
cukup untuk mereka menutup tahi mereka (tabiat semulajadi kucing). Bekas plastic
memudahkan kerja-kerja pembersihan dan boleh digunakan untuk sebarang jenis
pasir kucing.
No comments:
Post a Comment